Sebagai pelajar yang mengambil kursus DGU4122/DGP 5151, Apa yang saya perlu buat?
Berikut adalah tindakan dan persediaan yang diperlukan bagi pelajar yang mengambil kursus DGU 4122/DGP 5151:
- Membentuk kumpulan projek. ( tidak melebihi 4 orang satu kumpulan.
- Menghadiri taklimat dan bengkel projek daripada Minggu 1 - Minggu 4.
- Mencari dan mendapatkan persetujuan penyelia projek.
- Melengkapkan borang aktiviti pertemuan bersama penyelaras projek:
- Aktiviti 1 : Pembinaan Penyataan Masalah
- Aktiviti 2: Penulisan Objektif Projek
- Aktiviti 3: Penentuan Skop Projek
- Setiap pelajar atau ahli kumpulan perlu mencari dan menyediakan proposal tajuk individu yang akan dibentangkan kepada penyelia projek pada Minggu ke-5. Tajuk cadangan perlu disediakan mengikut Borang Pendaftaran Tajuk Individu.💗
- Menyediakan Fail Log Aktiviti Projek.
- Fail ring 2D bewarna putih.
- Lengkapkan Muka Depan dan Tetulang fail mengikut program.
- Rujuk Kandungan Senarai Semak Fail.
- Pelajar perlu mendapatkan pengesahan pertemuan bersama penyelia melalui Borang Pengesahan Pertemuan Mingguan Bersama Penyelia.
- Perbincangan dan aktiviti mingguan bersama penyelia perlu direkodkan dengan menggunakan Borang Pertemuan Mingguan.
- Setiap kumpulan pelajar perlu menghantar tajuk kumpulan yang telah dipersetujui bersama penyelia dan ahli kumpulan melalui Borang Pendaftaran Tajuk Kumpulan 💗 beserta Struktur Organisasi Pengurusan Projek dan Carta Gantt pada minggu ke 6 kepada penyelaras projek 1 JKPK. Contoh Struktur organisasi pengurusan projek dan carta gantt.
- Pelajar perlu menghantar Laporan Kemajuan 1 dan 2 kepada penyelia projek untuk penilaian pada Minggu ke-8 dan Minggu ke-12.
- Sebarang masalah boleh berhubung dengan penyelia atau penyelaras projek JKPK iaitu Cik Nurul Hayati Binti Jamil dan Dr. Dulina Binti Tholibon.
No comments:
Post a Comment